Sabtu, 31 Januari 2015

Multivitamin untuk kanak-kanak

Multivitamin untuk kanak-kanak : Vita-Lea Chewable Shaklee 

Adakah anak anda macam anak saya? 
Picky eater? 
Susah nak makan lauk yang pelbagai? 
Hanya suka 1-2 jenis lauk sahaja? 3
Tak suka makan sayur? 

Kalau ya , apa kata cuba dapatkan multivitamin kanak-kanak Shaklee yang terbaru dalam  Vita-Lea Chewable Shaklee yang kaya dengan keperluan vitamin dan galian yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak yang sedang membesar!


Vita-lea Chewable

Apa yang best tentang multivitamin kanak-kanak ini? 

2 biji Vita-Lea Chewable ini membekalkan 
2,500 IU Vitamin A yang bersamaan dengan 1.5 cawan cantaloupe (sejenis tembikai susu) 
60mg Vitamin C bersamaan dengan 6 oz oren jus 400 IU 
Vitamin D bersamaan dengan 3 gelas (8 oz) susu 
400 mg Folik asid bersamaan 4 cawan brokoli yang dimasak. 
6 mg Zat Besi bersamaan dengan 1.5 cawan bayam yang dimasak. 
40 mg Magnesium bersamaan dengan sejenis kacang Brussels Sprouts yang dimasak. 
5 mg Zinc bersamaan dengan 3 cawan kacang ginjal yang di masak. 

Jadi untuk  putera-putera saya yang memang sangat la cerewet makan, Vita-Lea Chewable sangatlah bagus. 

Part harga? Untuk anak tak boleh berkira sebab semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak. Kalau anak sakit kita jadi susah hati. Waktu tu kita jadi tak berkira pada duit. So daripada kita keluar duit untuk merawat anak yang sakit bagus kita bayar kos mencegah yang pastinya lebih rendah dan berbaloi.

*****************************************************************************

Hubungi Saya Segera :.........


 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,

♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat


♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh MalaysiaThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..



Bawang Putih Boleh Merawat Kayap


Apa itu Penyakit Kayap? 


Ia berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. 


Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan Kayap adalah penyakit yang berbahaya kerana menyerang urat saraf. 

Kebiasanya pesakit akan merasai kesakitan yang teramat sangat pada saraf apabila kayap menyerang, 


Bagaimana rawatanya pula? 

Apakah pertua yang dapat membantunya.. 

Penyakit Kayap juga boleh dirawat dengan bawang putih.

Tahukan anda Garlic atau bawang putih adalah bersifat antivirus dan antiobiotik terhadap badan. 
Banyak lagi manfaat Garlic Shaklee ni seperti dapat membuang angin dalam badan. 
Lain-lain boleh baca entry khasiat bawang putih

Khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE ialah: 

❁ Garlic Shaklee Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung 
❁ Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema 
❁ Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma 
❁ Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
❁ Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi 
❁ Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia 
❁ Garlic Shaklee Membantu menurunkan paras kolesterol 
❁ Melindungi Jantung 
❁ Menghalang Strok 
❁ Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine 
❁ Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

Kalau anda nak tau rupa kayap dan pertua bagi merawat penyakit kayap, silalah klik ini. 

Pelbagai info mengenai kayap dan pertua serta rawatan bagi mengatasinya 



Manfaat Bawang putih atau Garlic 

1. Kesihatan jantung. Pakar gizi dan diet meyakini bahawa bawang putih/Garlic dapat menurunkan kandungan homosistein ( asam amino ) di dalam darah yang tidak bagus untuk kesehatan jantung

2. Kesihatan darah mengurangi zat lemak pada darah, menopang dan mengatur tekanan darah dan membantu untuk mengetahui gejala hipertensi.& menghindari penggumpalan darah. 

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh Menghindari infeksi dan penyakit dan bertindak sebagai antibiotik 

4. Menurunkan kolesterol Bawang putih/Garlic mempunyai fungsi penting saat menurunkan kandungan kolesterol di dalam darah.

5. Mengatasi Kebung perut dan gastrix dalam badan 


TESTIMONI TERKINI KAYAP 


**Puan Nur Razali SEMINGGU sahaja sakit denyut-denyut hilang, biji air pon kering dengan izin Allah!!" - Puan Nur Razali

*********************************************************************************

Hubungi Saya Segera :.........

 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,

♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..

Jumaat, 30 Januari 2015

Apa itu HERPES ZOSTER......????

                             

Herpes Zoster dalam istilah perubatan yang juga dikenali sebagai KAYAP. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan

Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) Kesan dari ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari. Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan.

Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis). Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut.

Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

Meredakan kesakitan
Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut
Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air

Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac

Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu.

Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena. Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

*Sumber: MyHEALTH ,KEMENTERIAN KESIHATAN

********************************************************************

Hubungi Saya Segera :.........

 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,

♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak

♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]

♡♡ Contact No : 019-7903027

♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com

♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/

♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang

♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..


Pantang larang, petua dan cara mengubati kayap.

Assalammulaikum.....


KAYAP.......????Tentu anda diantara anda yang pernah dengar tapi tidak tahu apakah itu KAYAP.....sama seperti saya satu masa dulu. Saya tergerak hati untuk berkongsi tentang KAYAP...

Pantang larang, petua dan cara mengubatinya cara tradisional.
KAYAP
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’.

Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit. Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan.

Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini. Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap:-

Kayap ular
Kayap api-api
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini?

Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab.

Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa. Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada.

Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1. Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2. Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3. Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok). Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5. Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6. Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7 Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8. Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9. 1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. 2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu. 3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Kayap boleh dirawat selain ubat-ubatan atau petua-petua tradisional, ia juga boleh kita amalkan pengambilan suplemen. Suplemen yang sesuai Produk Shaklee iaitu  VIVIX yang lebih dikenali sebagai Tonik Ajaib.

Testimoni KAYAP @ Herpes Zoster 



Pantang larang ketika sakit ini.

Jangan makan makanan berminyak.
Buah tempatan tak boleh makan.
Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
Tak boleh kena sabun.
Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu) Tak boleh makan makanan yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur) macam berpantang orang bersalin.





********************************************************************

Hubungi Saya Segera :.........

 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,

♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak

♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]

♡♡ Contact No : 019-7903027

♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com

♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/

♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang

♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..

Selasa, 27 Januari 2015

Apakah itu Resveratrol?

Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL 


apa itu resveratrol
Vivix


Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 


Apakah itu Resveratrol?testimoni vivix ,kenapa vivix mahal


Apakah itu Resveratrol?
Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.





Kesan-kesan Utama Resveratrol
Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.

Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-

Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.


Apakah itu Resveratrol?testimoni vivix ,kenapa vivix mahal



Membina daya ketahanan terhadap kanser -
Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.
Kebaikan-kebaikan lain:-
Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah



VIVIX sangat2 berkesan bagi merawat penyakit darah tinggi kencing manis, jantung, sendi, Stroke dll.

Antara fungsi Vivix..

 Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

 Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

 Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

kebaikan Vivix,Testimoni Vivix
Manfaat Kesihatan Vivix



Fakta menarik tentang VIVIX 
Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
Semestinya halal dan mendapat kelulusan KKM
Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.


Jom kita baca TESTIMONI pengguna yang berpuashati dengan VIVIX:

BLOOD PRESSURE / HYPERTENSION (DROPS 16)
*****************************************
Masa medical check up May 2012, blood pressure saya dikira tinggi..ta sepaptotnye ngan usia saya..bacaan 142 over 88..tinggi kan??..patot la saya selalu pening kepala..kira stage pre-hypertension da tu..pastu doktor tu gertak.."kalo awak tak jaga ni..tinggi skit lg..saya da kene bagi ubat darah tinggi kat awak.." oh tidakkkk..saya ta nak makan pil-pil yang banyak ituuuu..hohoho..Alhamdulillah Ogos 2012..saya check smula..126 over 80..saya bersyukur turun..dan masih menjaga supaya mencapai bacaan normal 100-110..

ALLERGIC
*********
Saya ade allergik dari kecik lagi..kulit saya sangat-sangat sensitif..terlalu banyak pantang larangnyeee..makan itu tak bley..pakai losyen itu tak bley..pakai sabun mandi itu tak bley..persekitaran kotor pun effect kat kulit saya jugak..Dengan vivix, kulit saya yang pernah luka tu, elok ajeee..jadi kulit baru..bersyukur sangat..yesss VIVIX REPAIR CELL!!...yang ini diiringi dengan diet pemakanan yang sangat ketat..untuk pengetahuan, saya ta makan AYAM BANDAR dan TELUR..dan makanan yang sewaktu dengannye..dua-dua ni toksin dia sangat kuat sebab mereka di INJECT supaya cepat besar dan bertelur..ayam kampung, telur kampung tape..Ya Allah seksanya..kebanyakkan makan skang dimasak dengan telur dan ayam..kdg-kdg sebagai perencah..

HIDUNG BERAIR (MEMANASKAN BADAN)
**********************************
Saya baru perasan..ini membuktikan Vivix adalah untuk kesihatan menyeluruh hihihi..kalo dulu, saya memang ta tahan sejuk..disebabkan kipas yg da set 1 je tu, saya akan terjaga kul 3 pg sebab hidung berair..pastu bangun pagi bersin 6-8 kali..apa lagi kalo aircond..demam terussss hehe..hidung ta payah na ckp la..sumbat ngan tisu je..Skarang dah TADE..hihihi..alhamdulillahhh 

PENURUNAN BERAT BADAN (DROPS 5KG)
***********************************
yeahhhh..part ni besttt..susah betul nak trunkan berat ni tanpa EXERCISE..
May 2012 - Ya Rabbi, berat 65kg..dengan keadaan saya yang katekkk ni..152..BMI = 28++..rase berat je badan ni..
Ogos 2012 - Alhamdulillah trun 60kg..BMI masih tinggi 25++..tanpa EXERCISE..almaklumla busy hehehehe..sepatot kene ade sedikit EXERCISE untuk jantung kita..akan diusahakan kemudian ekekeke ..saya jaga makan..BUKAN TAK MAKAN ea..sy cuma tukar pemakanan saya..TARGET - By end of this year Dec 2012..saya target nak capai berat saya 52kg..BMI = 22++..dan by end of March 2013, set target 47kg..dengan BMI normal 20++..Doakan saya..hihihihi..Saya memang tak nak turun secara drastik..tak elok sebenarnye..ckup la 1-2kg sebulan..yang penting konsisten..dan kita jaga pengambilan makanan kita..^^
Semua target ni saya capai dengan SHAKLEE..dan semestinya dengan izin Allah s.w.t..kita merancang..disusuli dengan usaha dan doa..Sayangi diri sendiri sebelum kita nak disayang oleh orang len..itu adalah rewards untuk DIRI SENDIRI..InshaAllah..demi insan-insan yang saya sangat sayang.. =))

Testimoni VIVIX
Testimoni



*********************************************************************************
Hubungi Saya Segera :.........

 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..
..

Set Shaklee untuk Pesakit GOUT

Anda masih tercari-cari supplement yang sesuai untuk pesakit gout ???

Jangan risau shaklee boleh membantu anda....

Set Shaklee untuk pesakit gout boleh membantu meredakan sakit yang anda hadapi. Selain itu, anda juga perlu mengetahui punca, makanan yang perlu dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya cara untuk meredakan kesakitan..

Penyakit Gout ini terjadi disebabkan kandungan asid urik berlebihan dalam badan, lalu membentuk kristal yang berkumpul pada sendi-sendi.

Kristal ini yang akan menghalang sendi daripada berfungsi secara normal.

Penyakit gout akan bertambah teruk jika pesakit memakin makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis dan daging.

Disebabkan itu adalah penting bagi penghidap penyakit gout untuk mengetahu punya dan sedaya upaya mengelak daripada memakan makanan tersebut .

Pesakit Gout amat memerlukan air yang optimum di dalam badan.Air berfungsi untuk menyikirkan asid urik dari badan.Kandungan air perlu sentiasa optimum di dalam badan.

Shaklee ada menawarkan set supplement untuk penyakit Gout...

Alfalfa : Menyah toksin dari badan secara semula jadi dan selamat. ia turut menyingkirkan asid urik dalam badan
Performance Drink : Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan,(perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikt tetapi kerap)
Omega Guard/AJHT : Memberi keselesaan pada sendi.


Set Gout 

*********************************************************************************
Hubungi Saya Segera :.........

 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..












I

Vitamin Shaklee VS Vitamin Lain


Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

“Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain?”
“Bukan ke di farmasi banyak shj vitamin-vitamin jenama lain yang lebih murah”
Memang ada perbezaannya ya kawan-kawan!
Amnya terdapat 2 jenis vitamin, vitamin sintetik & vitamin natural.
Jom bezakan antara vitamin shaklee dan yang lain-lain 


Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut jika tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Lagi, vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik tentunya lebih murah, adakalanya diberi percuma saja.
Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya. credit
Jadi, yang mana pilihan kamu ya, wahai kawan-kawan?
Daripada membeli makanan ringan yang bukan-bukan, baiklah duit itu dilaburkan ke pengambilan vitamin semulajadi yang sangat bagus untuk menyokong kesihatan badan kita! Kesihatan kita, tanggungjawab kita!



Hubungi Saya Segera :.........

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

~~~Perunding Vitamin Anda :
~~~, ♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak

♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..

10 Tips Untuk Mendapat Kulit Yang Cantik

Tentu ramai yang ingin tips selain dari mengamalkan suplemen dan bagaimana untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Sebenarnya ianya adalah perkara dan benda yang asas sahaja tapi ianya selalu kita lupa atau buat-buat lupa. Saya ingin berkongsi tips-tips asas......

1. Minum Air Kosong Yang Mencukupi.

Air Kosong

Pengambilan air yang mencukupi bukan sahaja baik untuk metabolisma badan kita ianya juga bagi mengelak dari kulit menjadi kering. Sudah semestinya bukan air yang manis atau berperisa tetapi air kosong. Minumlah segelas air pada waktu pagi, sebaik- baiknya bila bangun dari tidur dan segelas sebelum tidur. Tambah lagi dengan 6 hingga 8 gelas air diantara waktu pagi dan malam.Sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong dalam sehari.


2.Jangan Basuh Muka Dengan Air Panas

Air Panas



Mungkin ada yang pernah jumpa petua ini. Sebenarnya bila kita membasuh muka dengan air panas ia akan lebih mengeringkan kulit dan kemungkinan besar ling-liang roma membesar. 


3. Gunakan Krim Pelindung Matahari.

Guna Sun Block

Perkara ini selalunya tidak dititikberatkan oleh kita, bila kita mengamalkan suplemen dah malas atau abaikan penjagaan luaran. Bagi saya kedua-duanya adalah sangat penting lebih lagi dengan cuaca dan iklim di negara kita nie.....LINDUNGILAH KULIT ANDA DENGAN PELEMBAB (MOISTERIZER) YANG LENGKAP DENGAN SPF.


4. Cuci Muka Sebelum Tidur

Cuci Muka 

Langkah ini ramai diantara kita kerap terlepas, alasan tertidurlah, tidak sempatlah dan macam-macam lagi. Pada yang muka tengah bermasalah memang penting untuk membasuh muma dahulu sebelum tidur bagi membuang semua kekotoran yang melekat pada liang-liang roma. Ianya bagi kulit dapat 'bernafas' dengan lebih baik semasa kita tidur, jika tersumbat ia akan menjadi jerawat.


5. Pakai penjagaan kulit (skincare) Yang Bersesuaian Dengan Kulit

Skincare

Kalau boleh dapatkan satu set pencuci muka, toner dan pelembap, 3 asas ni memang penting untuk penjagaan kulit yg optimum, jika kulit bermasalah, berminyak dan berjerawat dapatkan produk yang memang untuk merawat kulit bukan produk yang normal jika kulit dah sihat dan cantik bolehlah tukar kepada produk normal.


6. Jangan Make Up Yang Keterlaluan

Make Up Tebal

Kalau sekadar  pergi kerja dan keluar shopping tidal perlulah nak Make Up yang keterlaluan kerana muka ni bila lama sangat dengan foundation macam manalah hendak bernafas, cukup ala kadar je, natural is the best dan yang penting jimat masa juga, kalau nak pakai Make Up tebal2 tu masa ada majlis atau hari-hari special....Make Up Remover bila kerap digunakan akan menyebabkan kulit kering.


7. Rajin BerMasker


BerMasker

Sebenarnya nak guna masker ni tidak perlu nak beli pun takpe guna yang sedia ada dekat rumah je pun boleh lebih jimat. Kalau ada beli vitamin c, vitamin e dan ESP (Produk Shaklee) tu bolehla buat masker sesambil selain dari telan, bila rajin bermasker ni kulit jadi makin lembut dan  tegang tau, yg jenis ada jerawat ni pun jerawat akan cpt kecut lepas bermasker


8. Jangan Basuh Muka Semasa Panas

cuaca panas

Ini tips ni memang penting, jangan bila cuaca panas terus basuh muka tau kerana apabila baru lepas terdedah di bawah cahaya matahari, tabiat ni akan buatkan muka jadi kusam dan berkedutTidak mahu nampak tua kan jadi jangan buat ye


9. Jangan Sentuh Muka Terlalu Kerap

Belek Muka


Tentu  ada yang suka membelek-belek muka kan, saya perhatikan sejak dah beranak ni jerawat jarang timbul bukan semata-mata dengan pengambilan suplemen sahaja ye kerana saya tiada masa sangat nak belek-belek muka, bila ada jerawat pun tak sempat nak belek-belek tau-tau je dah kecut, kalau dulu zaman muda mudi memang keja nak belek je bila ada jerawat.


10. Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Pengambilan Suplemen


Makanan Seimbang
Suplemen

Tentu susah nak buat ni kan saya sendiri pun susah, makan tu ikut suka sahaja tapi jika boleh seimbangkan protein, karbohidrat  dan  sayur yang secukupnya untuk keperluan badan. Sekiranya memang jenis suka makan yang berminyak kalau boleh kurangkan makanan yang bergoreng tu nanti lagi berminyak muka dan naik lak jerawat



Cara saya nak lengkapkan keperluan tu tentulah saya amalkan supplemen dan SHAKLEE adalah pilihan saya dan keluarga.


*********************************************************************************
Hubungi Saya Segera :.........

 ~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat

♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..