Tentu ramai yang ingin tips selain dari mengamalkan suplemen dan bagaimana untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Sebenarnya ianya adalah perkara dan benda yang asas sahaja tapi ianya selalu kita lupa atau buat-buat lupa. Saya ingin berkongsi tips-tips asas......
1. Minum Air Kosong Yang Mencukupi.
Air Kosong |
Pengambilan air yang mencukupi bukan sahaja baik untuk metabolisma badan kita ianya juga bagi mengelak dari kulit menjadi kering. Sudah semestinya bukan air yang manis atau berperisa tetapi air kosong. Minumlah segelas air pada waktu pagi, sebaik- baiknya bila bangun dari tidur dan segelas sebelum tidur. Tambah lagi dengan 6 hingga 8 gelas air diantara waktu pagi dan malam.Sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong dalam sehari.
2.Jangan Basuh Muka Dengan Air Panas
Mungkin ada yang pernah jumpa petua ini. Sebenarnya bila kita membasuh muka dengan air panas ia akan lebih mengeringkan kulit dan kemungkinan besar ling-liang roma membesar.
3. Gunakan Krim Pelindung Matahari.
Perkara ini selalunya tidak dititikberatkan oleh kita, bila kita mengamalkan suplemen dah malas atau abaikan penjagaan luaran. Bagi saya kedua-duanya adalah sangat penting lebih lagi dengan cuaca dan iklim di negara kita nie.....LINDUNGILAH KULIT ANDA DENGAN PELEMBAB (MOISTERIZER) YANG LENGKAP DENGAN SPF.
4. Cuci Muka Sebelum Tidur
Langkah ini ramai diantara kita kerap terlepas, alasan tertidurlah, tidak sempatlah dan macam-macam lagi. Pada yang muka tengah bermasalah memang penting untuk membasuh muma dahulu sebelum tidur bagi membuang semua kekotoran yang melekat pada liang-liang roma. Ianya bagi kulit dapat 'bernafas' dengan lebih baik semasa kita tidur, jika tersumbat ia akan menjadi jerawat.
5. Pakai penjagaan kulit (skincare) Yang Bersesuaian Dengan Kulit
Kalau boleh dapatkan satu set pencuci muka, toner dan pelembap, 3 asas ni memang penting untuk penjagaan kulit yg optimum, jika kulit bermasalah, berminyak dan berjerawat dapatkan produk yang memang untuk merawat kulit bukan produk yang normal jika kulit dah sihat dan cantik bolehlah tukar kepada produk normal.
6. Jangan Make Up Yang Keterlaluan
Kalau sekadar pergi kerja dan keluar shopping tidal perlulah nak Make Up yang keterlaluan kerana muka ni bila lama sangat dengan foundation macam manalah hendak bernafas, cukup ala kadar je, natural is the best dan yang penting jimat masa juga, kalau nak pakai Make Up tebal2 tu masa ada majlis atau hari-hari special....Make Up Remover bila kerap digunakan akan menyebabkan kulit kering.
7. Rajin BerMasker
BerMasker |
Sebenarnya nak guna masker ni tidak perlu nak beli pun takpe guna yang sedia ada dekat rumah je pun boleh lebih jimat. Kalau ada beli vitamin c, vitamin e dan ESP (Produk Shaklee) tu bolehla buat masker sesambil selain dari telan, bila rajin bermasker ni kulit jadi makin lembut dan tegang tau, yg jenis ada jerawat ni pun jerawat akan cpt kecut lepas bermasker
8. Jangan Basuh Muka Semasa Panas
Ini tips ni memang penting, jangan bila cuaca panas terus basuh muka tau kerana apabila baru lepas terdedah di bawah cahaya matahari, tabiat ni akan buatkan muka jadi kusam dan berkedut. Tidak mahu nampak tua kan jadi jangan buat ye
9. Jangan Sentuh Muka Terlalu Kerap
Tentu ada yang suka membelek-belek muka kan, saya perhatikan sejak dah beranak ni jerawat jarang timbul bukan semata-mata dengan pengambilan suplemen sahaja ye kerana saya tiada masa sangat nak belek-belek muka, bila ada jerawat pun tak sempat nak belek-belek tau-tau je dah kecut, kalau dulu zaman muda mudi memang keja nak belek je bila ada jerawat.
10. Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Pengambilan Suplemen
Tentu susah nak buat ni kan saya sendiri pun susah, makan tu ikut suka sahaja tapi jika boleh seimbangkan protein, karbohidrat dan sayur yang secukupnya untuk keperluan badan. Sekiranya memang jenis suka makan yang berminyak kalau boleh kurangkan makanan yang bergoreng tu nanti lagi berminyak muka dan naik lak jerawat
Cara saya nak lengkapkan keperluan tu tentulah saya amalkan supplemen dan SHAKLEE adalah pilihan saya dan keluarga.
*********************************************************************************
Hubungi Saya Segera :.........
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat
♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini.
'Sharing Is Caring'..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan