Salam... Jom kita baca sikit tentang tulang kita...
TULANG
Bagaimanakah tulang terbina?
Pembentukan
tulang manusia dimulai pada saat masih janin dan umumnya akan bertumbuh
dan berkembang terus sampai sehingga 35 tahun. Sekiranya dari awal
proses pertumbuhan, banyak kalsium ada dalam darah maka tulang akan
terbentuk dengan baik.
Sebab tu Kalsium yang mencukupi amat diperlukan oleh ibu yang hamil dan
menyusu kerana bayi dalam kandungan hanya bergantung pada Kalsium yang
disalurkan oleh ibu untuk pembentukan tulang yang sihat. Begitu juga
bayi yang menyusu dari ibunya. Bayi pasti akan mendapat kalsium yang
mencukupi dari SUSU IBU. Jadi ibu perlu menggantikan Kalsium yang telah
diserap ke dalam SUSU IBU tadi untuk kegunaan badannya sendiri.
Pada
usia 0 - 30/35 tahun, proses ini dinamakan modeling kerana pada masa
ini terbentuknya model tulang seseorang. Ini bermakna tulang kita tidak
sama antara satu sama lain. Kerana itulah kita mempunyai rupa paras yang
berbeza.
Mencegah
Pada
usia 30 - 35 tahun, pertumbuhan tulang sudah selesai, waktu ini disebut
remodeling di mana modeling sudah selesai tinggal proses penggantian
tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda. Setelah
pembentukan tulang selesai, maka akan terjadi penurunan jisim tulang.
Hal ini boleh dicegah dengan menjaga kandungan kalsium setelah
tercapainya puncak jisim tulang.
Dengan
mengambil kalsium 800 - 1200 mg sehari, jisim ini boleh dipertahankan.
Untuk mencegah penurunan jisim tulang, di mana penurunan ini akan
mengakibatkan berkurangnya kepadatan tulang dan tulang akan mengalami
osteoporosis. Osteoporosis lebih baik dicegah dengan cara pengambilan
kalsium yang cukup setelah usia 30 atau 35 tahun.
Kesimpulan
Dalam
proses pembentukan tulang, tulang mengalami regenerasi iaitu
penggantian tulang-tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih
muda, proses ini berjalan seimbang sehingga terbentuk puncak jisim
tulang. Setelah terbentuk puncak jisim tulang, tulang masih mengalami
penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang yang masih muda. Tetapi
proses ini tidak berjalan seimbang di mana tulang yang diserap untuk
diganti lebih banyak daripada tulang yang akan menggantikan, maka
terjadi penurunan jisim tulang. Apabila keadaan ini berjalan terus
menerus, akan terjadi osteoporosis.
Sumber : www.utusan.com.my
SUSU
KEBAIKAN
pengambilan susu terhadap tubuh manusia sememangnya tidak dapat
disangkal, apalagi kajian membuktikan ia makanan lengkap yang
mengandungi semua nutrien diperlukan untuk kesihatan optimum bagi
pelbagai peringkat umur, daripada golongan kanak-kanak hingga orang
dewasa. Susu mengandungi zat bermanfaat, antaranya kalsium, fosforus,
magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang
yang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink,
riboflavin, potassium, sodium, zat besi dan sulfat.
Susu berada dalam kategorinya yang tersendiri kerana ia mengandungi mineral penting yang tidak dapat digantikan oleh kumpulan makanan lain. Pengambilan susu sejak kecil dan sepanjang hayat membolehkan seseorang itu memiliki tahap tulang yang kuat serta kesihatan tubuh badan keseluruhannya.
Susu sama juga seperti makanan lain mengandungi gula semula jadi di dalamnya dalam bentuk laktosa selain bentuk gula lain seperti fruktosa, sukrosa dan sirap pejal yang semuanya bergabung untuk memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.
Menepis tanggapan sesetengah orang, susu tidak menggemukkan walaupun ia diberi tambahan gula dan kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan susu dan makanan bersusu tampil lebih langsing berbanding mereka yang tidak minum susu
Kajian
juga menunjukkan pengambilan susu sebagai sebahagian diet untuk mengawal
kalori berjaya mempercepatkan pengurangan berat badan, terutama di
kawasan abdomen, sekali gus merendahkan risiko penyakit memandangkan
pertambahan lemak di kawasan terbabit sering dikaitkan dengan pelbagai
masalah kesihatan.
Oleh itu, kepercayaan bahawa gula tambahan dalam susu mampu menggemukkan adalah tidak berasas memandangkan penyumbang masalah berat badan berlebihan bukan berdasarkan hanya satu jenis makanan tetapi ia disumbangkan oleh lebihan gula dalam keseluruhan pemakanan lain yang diambil secara tidak terkawal.
Malah
kajian menunjukkan pengambilan susu secara berterusan mampu
mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kencing manis jenis
dua, iaitu masalah yang sudah lama membelenggu masyarakat, termasuk
kanak-kanak.
Sumber : www.hmetro.com.my
Bagi mereka yang tidak minum
susu pula bagaimana ya? Sebenarnya, masih banyak lagi sumber
kalsium dalam makanan kita untuk menampung keperluan kalsium harian
kita. Antaranya ialah biji-bijian dan benih (contohnya badam dan
bijan), kekacang, makanan laut seperti tiram, udang halus, ikan
bertulang lembut seperti sardin, bayam, gandum penuh, kailain, brokoli,
sayuran hijau, roti dll. Namun begitu, pengambilan Kalsium juga perlu
disertai dengan Vitamin D dan Magnesium kerana Magnesium diperlukan
untuk menggabungkan Kalsium ke dalam tulang dan Vitamin D pula
diperlukan untuk penyerapan Kalsium dengan lebih baik. Selain itu, agak
sukar untuk memastikan pengambilan Kalsium harian kita mencukupi antara
1000-1300mg kerana kita sendiri tidak tahu jumlah Kalsium yang ada
dalam makanan2 seharian kita.
Oleh itu, selain mendapatkan
kalsium dari sumber makanan harian, anda juga boleh mendapatkan makanan
tambahan Kalsium untuk memenuhi keperluan harian tubuh badan anda.
Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dilengkapi dengan Magnesium dan
Vitamin D. 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium, 100mg Magnesium
dan 100 IU Vitamin D.
Lagi tentang Kalsium - 10 kebaikan kalsium
Bulan ni ada promosi Ostematrix ni.... Kalau anda nak tahu apa promosinya, sila hubungi saya yer...
Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT dan DISKAUN yang MENJIMATKAN serta BERBALOI-BALOI...
*********************************************************************************
Hubungi Saya Segera :.....
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Noor Azren Binti Abdul Razak
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 966189]
♡♡ Contact No : 019-7903027
♡♡ Email : rezekibuatanak2ku@gmail.com
♡♡ Blog:http://norenrazakcorner.blogspot.com/
♡♡ Like my Fanpage:https://www.facebook.com/pages/SuplemenUntukSihat
♥♥ COD area Georgetown, Timur Laut, Butterworth, Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah & Bukit Mertajam Pulau Pinang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. 'Sharing Is Caring'..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan